Sulalatus Salatin

Sejarah Melayu, versi buku yang disusun oleh Cheah Boon Kheng, dengan teks Rumi oleh Abdul Rahman Haji Ismail.

Sulalatus Salatin (Arab: سلالة السلاطين, rumi: Sulālatus-Salāṭīn, lit.'Penurunan segala raja-raja[1]') atau juga dikenali dengan nama Sejarah Melayu (Jawi: سجاره ملايو) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila pihak Portugis datang menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa di tanah India sebelum dibawa balik ke Johor beberapa tahun kemudian oleh orang Kaya Suguh.

Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. [2]

Dokumen ini dianggap penting kerana ia menerangkan mengenai adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut.[3] Atas kepentingan inilah dokumen ini dimasuksenaraikan dalam Warisan Ingatan Dunia UNESCO pada tahun 2001.[4][5]

  1. ^ Marsden, W. (1811). The History of Sumatra. London.
  2. ^ malay concordance project.
  3. ^ Chinese history: a manual By Endymion Porter Wilkinson
  4. ^ UNESCO (2001), Memory of the World: Sejarah Melayu (The Malay Annals)
  5. ^ UNESCO (2012), Memory of the World: The treasures that record our history from 1700 BC to the present day, Collins, ISBN 978-0-00-748279-5

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy